Dapatkan Kereta Baharu Dengan Kami
Sertai Kami sebagai Rakan Niaga Sekarang!
Tukar volum dagangan rangkaian anda kepada ganjaran kereta atau hadiah tunai Setiap Rakan Niaga berpeluang untuk Menang
Tertakluk T&S #GMIBsRock
Bila
Dari 1 Januari 2024 sehingga
31 Disember 2024
Bagaimana
Berdagang 6,000, 10,000,
20,000, 30,000, 50,000
80,000, 100,000 lot atau lebih
untuk dapatkan sebuah
kenderaan baharu bersama
kami
Pendaftaran
Tiada pendaftaran diperlukan.
Jumlah lot akan dikira secara
automatik mengikut lot volum
pelanggan berdaftar di bawah IB
yang layak akan dimaklumkan
Terma & Syarat
Pengenalan
GMI Markets membawakan anda program kesetiaan IB yang terbaru. IB akan diberi ganjaran 50gm Jongkong Emas dan 14 " Macbook Pro M3, sebuah motorsikal Yamaha MT-09 ABS V3, sebuah kereta Honda Civic 1.5V, sebuah kereta BMW 218i Gran Coupe' M-Sport, sebuah kereta Lexus RX 350 Luxury, sebuah kereta Porsche 911 (2019) atau sebuah McLaren 720s (2018) berdasarkan jumlah lot yang didagangkan oleh pelanggan mereka sepanjang tempoh promosi. Dengan menyertai program ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini.
Butiran
- Tempoh promosi: 12 bulan
- Tarikh mula: 1 Januari 2024, 00:00:00 UTC
- Tarikh tutup: 31 Disember 2024, 23:59:59 UTC
- Nama program kesetiaan ini adalah “Dapatkan Kenderaan Baharu Dengan Kami”, dan dijalankan oleh Global Prime Limited
Siapa boleh turut serta?
Program kesetiaan ini terbuka kepada semua IB GMI Markets di Malaysia, Brunei dan Indonesia yang berumur 18 tahun ke atas pada waktu penyertaan. Pekerja GMI Markets atau ahli keluarga mereka, atau mereka yang berkaitan dengan program kesetiaan ini tidak boleh menyertai program ini.
Syarat kelayakan
Untuk kelayakan:
- Status Platinum IB dan menerima Hadiah Utama sebuah McLaren 720s (2018), pelanggan anda mestilah berdagang 100,000 lot atau lebih
- Status Diamond IB dan menerima Hadiah ke-2 sebuah Porsche 911 (2019), pelanggan anda mestilah berdagang 80,000 lot atau lebih
- Status Gold IB dan menerima Hadiah ke-3 sebuah Lexus RX 350 Luxury, pelanggan anda mestilah berdagang 50,000 lot atau lebih
- Status Ruby IB dan menerima Hadiah ke-4 sebuah BMW 218i Gran Coupe' M-Sport, pelanggan anda mestilah berdagang 30,000 lot atau lebih
- Status Silver IB dan menerima Hadiah ke-5 sebuah Honda Civic 1.5V, pelanggan anda mestilah berdagang 20,000 lot atau lebih
- Status Bronze IB dan menerima Hadiah ke-6 sebuah Yamaha MT-09 ABS V3, pelanggan anda mestilah berdagang 10,000 lot atau lebih
- Status IB dan menerima Hadiah ke-7 iaitu 50gm Jongkong Emas dan 14' Macbook Pro M3, pelanggan anda mestilah berdagang 6,000 lot atau lebih sepanjang tempoh promosi (dari 1/1/2024 – 31/12/2024) menggunakan mana-mana instrumen dagangan yang disediakan oleh GMI Markets. Ini bermakna sesiapa yang mencapai sasaran layak untuk mendapatkan hadiah tanpa sebarang had.
Hadiah
- Hadiah dan penyertaan di dalam program kesetiaan tidak boleh dipindah milik.
- Anda boleh memilih untuk menukar Hadiah dengan hadiah wang tunai bernilai 80% dari nilai hadiah kenderaan.
- Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan kerana keadaan yang di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar.
- Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya menunjukkan hadiah sebenar.
- Anda bertanggungjawab di atas perbelanjaan sendiri yang berkaitan dengan Hadiah termasuk cukai, pendaftaran kenderaan, perbelanjaan perjalanan dan penginapan.
- IB yang layak menerima hadiah akan dihubungi melalui emel atau telefon selewat-lewatnya pada jam 23:59:59 bertarikh 31 Januari 2025. Semua hadiah mesti dituntut oleh pemenang tidak lebih dari 30 hari selepas pengumuman.
- IB tidak layak menerima lebih dari satu Hadiah untuk program kesetiaan ini.
- IB yang menerima Hadiah juga akan diumumkan di saluran media sosial GMI Markets.
- Dengan mengambil bahagian dalam promosi ini, anda secara automatik memberi keizinan kepada GMI Markets untuk menemuramah, menggunakan nama penuh, gambar dan negara tempat tinggal anda dalam aktiviti pemasaran GMI Markets di masa akan datang termasuk di www.gmimarkets.com dan Berita Syarikat GMI Markets.
Umum
Segala jenis dagangan arbitraj atau lain-lain penyalahgunaan pada harga dan/atau sebut harga akan dibatalkan dari program kesetiaan. GMI Markets berhak untuk menolak atau membatalkan mana-mana peserta tanpa menjelaskan sebab. Sebab-sebab untuk kehilangan kelayakan mungkin termasuk membuka posisi besar yang berlawanan di pasangan mata wang yang sama pada akaun dagangan berbeza pada masa yang sama, serta penggunaan kegagalan aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang terjamin atau sebarang jenis penipuan. Semua teknik dagangan atau EA adalah dibenarkan. GMI Markets berhak untuk menyatakan sebarang hadiah yang diberikan tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan apabila terdapat bukti langsung atau tidak langsung mengenai cubaan operasi penipuan dana hadiah. Sebarang situasi yang tidak dijelaskan dalam peraturan ini adalah tertakluk kepada keputusan dari GMI Markets.
Terma Dan Syarat
- Seorang IB hanya boleh menang satu hadiah sahaja.
- Untuk pengiraan lot akaun ECN, hanya 20% sahaja daripada jumlah lot akan dikira. Sebagai contoh, sekiranya sepanjang kempen ini, jumlah lot terkumpul akaun ECN adalah 10,000 lot maka hanya 20% daripada jumlah lot tersebut iaitu 2,000 lot sahaja akan dikira.
- Untuk akaun standard dan juga akaun sen, semua lot akan dikira
- Hanya lot yang terhasil daripada instrumen dalam kategori FOREX, EMAS, PERAK dan MINYAK sahaja akan dikira. Lot daripada instrumen lain seperti INDEX, KRIPTO dan instrumen yang tidak dinyatakan tidak akan dikira.