Dapatkan Kereta Baharu Dengan Kami
Sertai Kami sebagai Rakan Niaga Sekarang!
Tukar volum dagangan rangkaian anda kepada ganjaran kereta atau hadiah tunai Setiap Rakan Niaga berpeluang untuk Menang
Tertakluk T&S #GMMIBsRock
Bila
Dari 1 Januari 2024 hingga
31 Disember 2024
Bagaimana
Berdagang 35,000, 50,000 atau
100,000 lot atau lebih untuk
dapatkan sebuah kereta baharu
bersama kami
Pendaftaran
Tiada pendaftaran diperlukan.
Jumlah lot mengikut rangkaian
akan dikira secara automatik
dan MIB yang layak akan
dimaklumkan
Terma & Syarat
Pengenalan
Butiran
- Tempoh promosi: 12 bulan
- Tarikh mula: 1 Januari 2024, 00:00:00 UTC
- Tarikh tutup: 31 Disember 2024, 23:59:59 UTC
- Nama program kesetiaan ini adalah “Dapatkan Kenderaan Baharu Dengan Kami”, dan dijalankan oleh Global Prime Limited
Siapa boleh turut serta?
Syarat kelayakan
Untuk kelayakan:
- Lot volum MIB daripada pelanggan langsung di bawah mereka MESTI mencapai minimum 5,000 lot
- Status Platinum MIB dan menerima Hadiah Utama sebuah Volvo S60 2.0 Recharge T8, jaringan pelanggan anda mestilah berdagang 100,000 lot atau lebih
- Status Gold MIB dan menerima Hadiah ke-2 sebuah Honda HR-V 1.5, jaringan pelanggan anda mestilah berdagang 50,000 lot atau lebih
- Status Silver MIB dan menerima Hadiah ke-3 sebuah Ducati New Monster, jaringan pelanggan anda mestilah berdagang 35,000 lot atau lebih
- Sekiranya MIB juga memenangi hadiah kenderaan dalam kempen IB, maka MIB hanya boleh menerima hadiah nilai yang paling tinggi sahaja sama ada di kempen IB ataupun MIB.
Sebagai contoh senario 1:
Ali (MIB) mempunyai 3 orang sub IB iaitu Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB). Sepanjang kempen ini, Ali telah mengumpul 20,000 lot daripada pelanggannya. Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB), masing-masing juga telah mengumpul 20,000 lot daripada pelanggan mereka. Secara terkumpul, lot volum jaringan Ali adalah sebanyak 80,000 lot.
- Sebagai IB untuk lot volum pelanggan sendiri, Ali bakal membawa pulang Honda Civic 1.5V
- Sebagai MIB untuk lot volum jaringan, Ali bakal membawa pulang Honda HR-V 1.5.
- Oleh itu, Ali akan membawa pulang hadiah yang mempunyai nilai lebih tinggi iaitu Honda Civic 1.5V
- Sub IB Ali iaitu Ahmad, Muthu dan Ah Chong, masing-masing akan membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.5V.
Sebagai contoh senario 2:
Ali (MIB) mempunyai 3 orang sub IB iaitu Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB). Sepanjang kempen ini, Ali telah mengumpul 5,000 lot daripada pelanggannya. Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB), masing-masing juga telah mengumpul 20,000 lot daripada pelanggan mereka. Secara terkumpul, lot volum jaringan Ali adalah sebanyak 65,000 lot.
- Sebagai IB untuk lot volum pelanggan sendiri, Ali tidak berjaya membawa pulang sebarang kenderaan dalam kategori IB.
- Sebagai MIB untuk lot volum jaringan, Ali bakal membawa pulang Honda HR-V 1.5.
- Oleh itu, Ali akan membawa pulang hadiah yang mempunyai nilai lebih tinggi iaitu Honda HR-V 1.5.
- Sub IB Ali iaitu Ahmad, Muthu dan Ah Chong, masing-masing akan membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.5V.
Sebagai contoh senario 3:
Ali (MIB) mempunyai 3 orang sub IB iaitu Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB). Sepanjang kempen ini, Ali telah mengumpul 1,000 lot daripada pelanggannya. Ahmad (IB), Muthu (IB) dan Ah Chong (IB), masing-masing juga telah mengumpul 20,000 lot daripada pelanggan mereka. Secara terkumpul, lot volum jaringan Ali adalah sebanyak 61,000 lot.
- Sebagai IB untuk lot volum pelanggan sendiri, Ali tidak berjaya membawa pulang sebarang kenderaan dalam kategori IB.
- Sebagai MIB untuk lot volum jaringan, disebabkan Ali tidak mencapai minimum lot 5,000 dari pelanggannya sendiri, maka beliau pun tidak berjaya membawa pulang sebarang kenderaan dalam kategori MIB.
- Sub IB Ali iaitu Ahmad, Muthu dan Ah Chong, masing-masing akan membawa pulang sebuah kereta Honda Civic 1.5V.
Sepanjang tempoh promosi (dari 1/1/2024 – 31/12/2024) menggunakan mana-mana instrumen dagangan yang disediakan oleh GMI Markets. Ini bermakna sesiapa yang mencapai sasaran layak untuk mendapatkan hadiah tanpa sebarang had.
Hadiah
- Hadiah dan penyertaan di dalam program kesetiaan tidak boleh dipindah milik.
- Anda boleh memilih untuk menukar Hadiah dengan hadiah wang tunai bernilai 80% dari nilai hadiah kenderaan.
- Sekiranya Hadiah yang ditawarkan tidak dapat disediakan kerana keadaan yang di luar kawalan kami, kami berhak untuk menawarkan hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar.
- Imej yang digunakan dalam bahan pemasaran tidak semestinya menunjukkan hadiah sebenar.
- Anda bertanggungjawab di atas perbelanjaan sendiri yang berkaitan dengan Hadiah termasuk cukai, pendaftaran kenderaan, perbelanjaan perjalanan dan penginapan.
- MIB yang layak menerima hadiah akan dihubungi melalui emel atau telefon selewat-lewatnya pada jam 23:59:59 bertarikh 31 Januari 2025. Semua hadiah mesti dituntut oleh pemenang tidak lebih dari 30 hari selepas pengumuman.
- MIB tidak layak menerima lebih dari satu Hadiah untuk program kesetiaan ini.
- MIB yang menerima Hadiah juga akan diumumkan di saluran media sosial GMI Markets.
- Dengan mengambil bahagian dalam promosi ini, anda secara automatik memberi keizinan kepada GMI Markets untuk menemuramah, menggunakan nama penuh, gambar dan negara tempat tinggal anda dalam aktiviti pemasaran GMI Markets di masa akan datang termasuk di www.gmimarkets.com dan Berita Syarikat GMI Markets.
Umum
Terma Dan Syarat
- Seorang MIB hanya boleh menang satu hadiah sahaja.
- Untuk pengiraan lot network akaun ECN, hanya 20% sahaja daripada jumlah lot network akan dikira. Sebagai contoh, sekiranya sepanjang kempen ini, jumlah lot network terkumpul akaun ECN adalah 10,000 lot network maka hanya 20% daripada jumlah lot network tersebut iaitu 2,000 lot network sahaja akan dikira.
- Untuk akaun standard dan juga akaun sen, semua lot network akan dikira
- Hanya lot network yang terhasil daripada instrumen dalam kategori FOREX, EMAS, PERAK dan MINYAK sahaja akan dikira. Lot network daripada instrumen lain seperti INDEX, KRIPTO dan instrumen yang tidak dinyatakan tidak akan dikira.