Peraduan Tournament for Trading Supremacy GMI

Peraduan Dagangan Secara Live 'Tournament for Trading Supremacy' GMI

Masuki arena trading supremacy! GMI menjemput pedagang terbaik dari Thailand, Malaysia, Brunei dan Indonesia untuk bersaing dalam pertandingan yang mendebarkan, menguji kebolehan dagangan, strategi, dan daya tahan anda.

Ini bukan sekadar pertandingan—ia adalah perjuangan untuk kejayaan, pengiktirafan, dan ganjaran yang tiada tandingan!

3 Mac 2025 - 3 Mei 2025

Jangan lepaskan peluang - sertai peraduan sekarang!

SERTAI PERADUAN
Hero banner image

Tempoh Peraduan:

Dari 3 Mac 2025 hingga 3 Mei 2025

Hadiah:

Tempat Pertama: 15,000 USD Tempat ke-2: 9,000 USD Tempat ke-3: 6,000 USD Tempat ke-4: 5,000 USD Tempat ke-5: 3,000 USD Tempat ke 6 hingga ke 10: 1,500 USD bagi setiap tempat Tempat ke 11 hingga ke 30: 300 USD bagi setiap tempat

Syarat Minimum untuk menyertai:

Ambil bahagian dengan melakukan deposit minimum atau pindahan dalaman sebanyak 100 USD!

Pemenang ditentukan berdasarkan Peratusan Untung dan Rugi (PnL) yang paling tinggi

KedudukanHadiahKeperluan Menang
115,000 USDMinimum 5% of PnL*
29,000 USDMinimum 5% of PnL*
36,000 USDMinimum 5% of PnL*
45,000 USDMinimum 5% of PnL*
53,000 USDMinimum 5% of PnL*
ke 6 hingga ke 101,500 USD bagi setiap tempatMinimum 5% of PnL*
ke 11 hingga ke 30300 USD bagi setiap tempatMinimum 5% of PnL*

* Formula kedudukan diselaraskan untuk mempertimbangkan permulaan ekuiti, penamatan ekuiti dan transaksi di antara (wang masuk & keluar) untuk memberikan ukuran prestasi yang adil.

SERTAI PERADUAN INI SEKARANG

Kedudukan musim terkini

10 pemenang teratas 'Tournament for Trading Supremacy' GMI

KEDUDUKAN
NEGARA
NAMA SKRIN MASTER TRADER
KEUNTUNGAN%

Pemuatan data sedang mengalami masalah. Sila cuba sebentar lagi.

Account image

Kelebihan menyertai peraduan dagangan ini

  • Arrow icon

    dapatkan keuntungan daripada dagangan anda serta menangi hadiah dalam peraduan ini!

  • Arrow icon

    Akaun peraduan tiada had limit, dan anda boleh melakukan deposit semula pada bila-bila masa!

  • Arrow icon

    Pamerkan kemahiran dagangan anda, dapatkan tempat dalam carta pemenang, dan dapatkan pengikhtirafan dalam komuniti dagangan untuk pencapaian anda.

3 langkah mudah untuk menyertai peraduan

Daftar, dapatkan pengesahan dan buka akaun jenis Standard 'Tournament for Trading Supremacy' (GMI Edge, MT4, MT5) dalam Member Area

Deposit minimum sebanyak 100 USD

Mulakan dagangan dan bersaing untuk merangkul gelaran juara!

SERTAI PERADUAN SEKARANG

SOALAN LAZIM

1. Bagaimana untuk menyertai dalam Peraduan Dagangan ini?

Anda perlu mendaftar sebagai pelanggan GMI dan membuka Akaun Dagangan Jenis Standard 'Tournament for Trading Supremacy' GMI (GMI Edge, MT4, MT5) dalam Member Area.

2. Berapa jumlah wang yang perlu saya laburkan untuk menyertai peraduan ini?

Deposit minimum sebanyak 100 USD melalui deposit baru atau pindahan dalaman diperlukan untuk menyertai peraduan ini dalam tempoh peraduan berlangsung.

3. Bolehkah pelanggan membuka lebih dari satu Akaun Dagangan Pertandingan untuk peraduan yang sama?

Ya, pelanggan boleh membuka lebih dari satu Akaun Dagangan Pertandingan untuk peraduan 'Tournament for Trading Supremacy' GMI, memandangkan mereka juga telah memenuhi syarat untuk akaun kedua, ketiga dan seterusnya.

Terma dan Syarat

Pengenalan

Chevron button
'Tournament for Trading Supremacy', selepas ini dirujuk sebagai 'Peraduan', dianjurkan oleh GMI. Pamerkan kemahiran anda dan tingkatkan pengalaman anda dengan peraduan eksklusif kami. Dengan menyertai dalam Peraduan 'Tournament for Trading Supremacy', pedagang boleh bersaing untuk mendapatkan kedudukan teratas, memenangi hadiah menarik, dan menyertai barisan peserta yang hebat.

Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi syaratnya.

Syarat-syarat Kelayakan:

Chevron button
Peserta mestilah:

'-Membuka Akaun Dagangan jenis Standard 'Tournament for Trading Supremacy' GMI (GMI Edge, MT4, MT5)
'-Deposit minimum sebanyak 100 USD melalui deposit baharu atau pindahan dalaman semasa Tempoh Peraduan untuk mengambil bahagian.

Tempoh Peraduan

Chevron button
Tarikh Mula: 3 Mac 2025
Tarikh Tamat: 3hb Mei 2025

Siapa yang boleh mengambil bahagian?

Chevron button
Peraduan ini terbuka kepada semua pedagang yang disahkan di Malaysia , Thailand , Brunei dan Indonesia yang berumur 18 tahun ke atas pada masa penyertaan dalam peraduan ini. Pekerja GMI atau ahli keluarga mereka, atau mereka yang berkaitan dengan peraduan ini tidak boleh mengambil bahagian.

Hadiah

Chevron button
Tempat Pertama: 15,000 USD
Tempat ke-2: 9,000 USD
Tempat ke-3: 6,000 USD
Tempat ke-4: 5,000 USD
Tempat ke-5: 3,000 USD
Tempat ke 6 hingga ke 10: 1,500 USD bagi setiap tempat
Tempat ke 11 hingga ke 30: 300 USD bagi setiap tempat

Umum

Chevron button
Sebarang jenis perdagangan arbitraj atau penyalahgunaan harga dan/atau sebut harga lain akan dibatalkan daripada Peraduan.

GMI berhak untuk menolak atau membatalkan mana-mana peserta tanpa memberi sebab. Sebab-sebab kehilangan kelayakan mungkin termasuk membuka kedudukan bertentangan yang besar dalam pasangan mata wang yang sama pada akaun dagangan yang berbeza pada masa yang sama, serta menggunakan kegagalan aliran sebut harga untuk mendapatkan keuntungan yang dijamin atau apa-apa jenis penipuan.

GMI berhak untuk mengisytiharkan mana-mana hadiah yang diberikan sebagai tidak sah dan tertakluk kepada pembatalan atas bukti langsung atau tidak langsung percubaan penipuan operasi dana hadiah.

GMI berhak, mengikut budi bicara mutlaknya dan yang difikirkan sesuai, untuk mengubah, meminda, menggantung, membatalkan atau menamatkan Peraduan, atau mana-mana aspek Peraduan pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab yang munasabah. Dalam apa jua keadaan, GMI tidak akan bertanggungjawab, untuk sebarang akibat daripada sebarang perubahan, pindaan, penggantungan, pembatalan atau penamatan Peraduan ini.
Sebarang cukai yang timbul daripada kemenangan Peraduan adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

Terma dan Syarat

Chevron button
* Promosi ini sah untuk tempoh dari 3 Mac 2025 hingga 3 Mei 2025.
* Akaun 'Tournament for Trading Supremacy' adalah jenis Akaun Standard GMI (GMI Edge, MT4, MT5)
* Peserta boleh membuka lebih daripada satu Akaun Dagangan Pertandingan untuk Peraduan 'Tournament for Trading Supremacy' GMI, memandangkan mereka memenuhi kriteria untuk akaun-akaun tersebut.
* Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Hadiah yang akan dipilih ialah hadiah yang paling tinggi yang layak mereka menangi.
* Semua Instrumen layak untuk pengiraan
* Kedudukan ditentukan berdasarkan nisbah Peratusan Untung dan Rugi (PnL).
* Peserta perlu mencapai sekurang-kurangnya 5% daripada Untung dan Rugi (PnL) untuk layak mendapat sebarang hadiah peraduan. Peserta yang gagal memenuhi threshold ini tidak akan layak mendapat ganjaran, tanpa mengira kedudukan mereka.